Print

Monday, April 09, 2012

Pet Market






Dua minggu lepas kami ke pet market sebijik macam pasar iaitu di Fangchun pet market , dimana semua binatang yang diminati boleh dicari disini. Memang boleh rambang mata kalau nak cari ikan sahaja. Macam2 jenis ikan yang pelik pon ada. Hiasan2 untuk diletakan dalam akurium pon terlalu banyak. Mula mula memang nak cari ikan je.. disebabkan senang mahu di jaga. Tapi jumpa haiwan pelik yang lain. Rambang mata.. terus tak beli apa apa.




Mungkin lain kali. Haiwan yang perlukan lesen juga ada jual seperti baby buaya, ular harimau tapi disini tak perlu pakai lesen. Nak simpan harimau dalam rumah apartment pon takapa . Yang teringin tiqa beli adalah baby wolf gerammmmm comel sangat :'( Harga disini murah kalau nak dibandingkan dengan malaysia.Semestinya! Seperti siapa yang suka membeli barang wholesale bolehlah borong haiwan disini. Muhaha nak buka zoo mini pon boleh.





DSC_0936

DSC_0926

DSC_0929

DSC_0969

DSC_0972


Tak taulah kenapa setiap kedai mesti ada ikan ni mungkin murah atau sedap dimakan! nom nom nom nak bela pon senang tak perlu nak beli oksigen untuk ikan kan...



DSC_0925


Wolf yang ini ada jiran tiqa bela. Ada satu haritu memang dah lambat nak p kelas. Cepat cepat tekan butang lift berdiri terpacak depan dengan pintu lift. Jenuh tunggu lift naik atas.. akhirnya Pintu lift pon terbuka. Punya lah terkejut tiqa nampak wolf sebesar manusia dalam lift diapit dengan tuannya . Menjerit haha perempuan tu dah pandang pelik.




Dengan malu dan takot suruh dia turun lift dulu. Sangup walaupon dah lambat. hihihi dalam fikiran tiqa macam mana dia simpan binatang ni dalam rumah apartment yang kecil.hermm..



DSC_0939

DSC_0946-2




Paling tiqa rindu adalah spiky teringin nak beli wabbit disini disebabkan murah dan comel. Tapi tak sampai hati . Teringat spiky dan bella. :( rindu petang2 keluarkan mereka dari sangkar.




CSC_0766-2

CSC_0764-2



Yang terakhir serius tak ada kena mengena dengan jalan cerita. Mungkin satu hari nanti akan datang balik.Teringin nak cari peneman ketika tido.Hi mungkin ikan bertangan too kot.Celik mata pagi2 nampak ikan bertangan tengah berenang.. tak ke segar pagi2 kalau macam tu.. Selamat malam semua.

Saturday, April 07, 2012

Live follow you


Life follow you. Absolutely everything you experience in your life is a result of what you have given out in your thoughts and feelings, wheather you realize you have given them or not. Life is not happening to you.. life is following you. Your destiny is in your hand. Whatever you think, whatever you feel , will deside your live.


DSC_0975

DSC_0977

DSC_0977-2

When you are feeling happy, and you keep feeling happy, then only happy
people, circumstances, and events can come into your life.

DSC_0980

DSC_0981

Its normal if people in hear love to look and staring at you . Goodnite!

Friday, April 06, 2012

Keluarga besar

Disebabkan sudah lama menyepi.. terasa rindu mahu kongsi gambar gambar seperti dulu..


Masa gambar ini ditangkap ketika satu keluarga datang melawat ke china kira kira empat minggu yang lepas. Memang riuh rendah apartment kecilku dengan ahli keluarga sebanyak lapan orang kesemuanya..Nasib tak ada jiran yang datang ketuk pintu dengan perangai mereka.




Di china hanya dibenarkan anak tidak lebih dari dua. Mereka kalau nampak kami jalan ramai ramai mesti berbisik sesama mereka.Hi. Ada satu hari tu mama n papa sibuk dengan hal mereka. Adik yang besar sibuk nak membeli belah. Tinggal si kecil dua orang di rumah. Lepas tiqa balik kelas pagi ,sibuk mereka ajak jalan .Sebab marah kenapa mereka kena tinggal hihi..




foggy day

h

DSC_0445

DSC_0446



Selepas penat berjalan satu uni mereka merunggut nak balik sebab penat. Cuaca ketika ni masih sejuk itu sebab lens tiqa kabur semacam sebab wap ..



DSC_0462



amirah merungut nak balik terus buat muke penat. Disebabkan jalan kaki dari rumah kesini.Mungkin dorang keletihan.




DSC_0432-2



DSC_0613




Masa ini mereka di Chimelong pradise. Tiqa tak dapat pergi disebabkan ada kelas petang. Sedih je tapi dua hari lepas tiqa dah p dengan rakan rakan kelas.Tapi tak sama kalau pergi dengan keluarga kan.. Adik tiqa yang belah kanan masa ni tengah tunggu result SPM . Sempat lagi sehari sebelum tiqa teman dia p shoppping sakan. Esoknya kami di keretapi ondway untuk membeli belah juga.. cikgu emir call tentang result spm. cikgu za (jiran kami) call dari china kata emir dapat straight A .Mama dah nanish2. Tahniah adiku :')








Empat minggu yang lepas mereka disini. Rumah kembali sunyi seperti sediakala..








:(




DSC_0497

Dan sekarang saya kesorangan

DSC_0495

Saturday, March 03, 2012

IMISSYOU


Lama rasanya menyepi tanpa khabar berita.Sekarang tiqa dah sambung belajar balik. Hura hara la jugak mula mula nak masuk belajar selesaikan visa hanya satu minggu. Dan sekarang tiqa di china masih sesuai kan keadaan sekeliling.Lauk opah nenek bagi masih banyak.Bekal untuk satu bulan rasanya. Rendang,tempe ikan bilis ,ikan masin.






Jiran sebelah mesti terbau masa kita panas kan lauk..Beberapa hari yang lepas opah ada tanya di skype,lauk bekal yang opah bagi ada lagi tak.lol sebab opah nak kirim lagi. Sudah nak masuk 3 minggu lebih disini.
Sini masih musim sejuk yang paling tak selesa apabila waktu malam. Disebabkan rumah tiada heater pemanas.Tido dengan keadaan kesejukan.Tiga stokin tiqa pakai.Memang seminggu pertama susah nak lelap kan mata.Rindu katil bilik yang empuk....

DSC_0221

DSC_0220

DSC_0304

DSC_0312






Rupa keadaan ketika malam.


DSC_0334-3

Susah sangat nak dapat internet.Kalau jiran on internet dapat la skype dengan family.Terima kasih jiran walaupon haritu ada sound..ketuk rumah.. kita cakap pasang music kuat sangat.Padahal masa too tengah makan malam,mana ada bukak music.Tapi mungkin suara kita bercakap macam berlagu.Nasib i tak paham bahasa mandarin.Bagi kita dua bulan.Barulah boleh beramah mesra tukar lauk ikan masin dengan jiran nanti..

Tunggu internet dah pasang tiqa update lagi. Zaijian!

Thursday, January 12, 2012

Jiran Kita

banner 2

Print

Asal gambar atas ni perlu sibuk.Hi saja nak ucapkan terima kasih dekat syahril azim buatkan lukisan untuk kita.Walaupon mole kita hilang. Tapi takapa. Maaf gambar seperti makcik perasan vogue.Bukan kita yang pilih diaa.

Pagi tadi terbaca di tweet dan fb wardina safiyah tentang perompak masuk rumah nya lewat pagi tadi. Empat orang bertopeng pecah masuk rumah. kesian si suami kena pukul. Rumah wardina di bukit antarabangsa sama barisan dengan rumah kami dulu. Alhamdulilah dulu kami disana community nya pon kuat dan aman damai cuma kes tanah runtuh jelakan..Bahaya sebab itu pindah.

Memang kes perompak masuk ini memang tak akan berhenti. Walaupon rumah lengkap dengan penjaga (guard). yang akan pusing setiap malam menaiki basikal.Memang kita bayar untuk rumah kita dilindungi dari benda benda sebegini. Tapi dah nama penjahat,perompak dan penyamun. Memang tak kira waktu pagi dan malam. Walaupon lengkap dengan sistem alarm yang ignoying dan camera setiap sudut. Benda seperti ini penah terjadi di atas rumah sendiri. Memang trauma siapa tak trauma. Kalau adik diatas menjerit selepas mandi nampak orang bertopeng,melompat luar tingkap.

Disini tiqa nak cakap jiran tetangga main peranan yang penting. Syukur dikeliling dengan jiran yang mengambil berat dan tolong satu sama lain .. ketika dalam keadaan kesusahan. Bayangkan selepas sehari peristiwa terjadi semua tido satu bilik. Ketakotan. Dan ibu dan ayah pula memang setiap bulan akan ke outstation memang selalu tinggal kami adik beradik je.

Kalau ada bunyi yang pelik pelik terus panggil jiran yang dekat.Uncle pon datang siap bawak kayu golf hii. Padahal bunyi kucing berjalan atas bunbung.Malu jee dah la dalam toilet ketika tuu..Oh tau tak kenapa tiqa takot kalau ada bunyi bunyi di bumbung?.

Disebabkan walaupon rumah kita cukup lengkap dengan.gril dan pagar. Pencuri dah pandai! hanya dengan bukak bumbung atas mereka dah boleh masuk rumah. Itula kes yang penah terjadi dua tahun lepas. Dua hari berturut turut sebab tak puas hati tak dapat angkut banyak ler tuh.Padahal masa tuu mama kita tengah risau sebab tak sempat bank kan duit.Risau sebab wang dalam kuantiti yang banyak. Mungkinlah pencuri tuu terdengar perbualan anak beranak ni..Itu yang dia tak puas hati besok pagi datang rompak balik. Yang paling kelakar masa pagi . Ada jamuan komuniti untuk bincangkan tentang pertambahan guard dan sitem perumahan. Comunnity ajak police dan semua penduduk jiran untuk makan makan..

Biasala adik yang si kecil nak balik rumah kejap nak p buang air.abam (abang)nya teman.. pintu dapur terbuka padahal satu rumah dah double check yelaa kn semalam baru je orang pecah masuk..Yang si ambam ni terkejutlah nak teman adik buang air.Dia pulak nak terkucil ketakotan..Dengar orang berbisik dan berlari lari di tingkat atas. Call emak dari majlis yang sedang bergosip pum pam pum pang tentang kejadian yang menimpa kami. Tengok tengok dapat panggilan dari anaknya yang pencuri masuk rumah lagi.Dia suruh kami balik cepat.Memang huru hara majlisnya.Hahahaha memang tak boleh lupakan. Selepas majis semua jiran tetangga singgah ke rumah kami pula.

Kiranya highlight untuk majlis community tentang pertambahan guard dan sistem pelawat memasuki kawasan perumahan diakhiri dengan contoh yang tragis.Muhahaha...

pengajarannya adalah kita haruslah Simpan kayu golf di setiap bawah katil anda.Untuk langkah berjaga jaga.Kalau ayah cari mana kayu golf kesayangannya. Bilang pencuri salah ambil itu dia tak puas hati datang balik. ok tak lawak.

Di bawah adalah gambar 1.1.2011 sambut new year bersama jiran tentangga.Sweet kan dapat bergosip bersama sama.Dan sejak peristiwa itu jiran semakin akrab .Siap mak datin datin kita ni plan untuk ke luar negara bershoping shoping sesama jiran perumahan.Sweettt tinggalkan anak.

(seperti inilah jugak dua tahun yang lepas ketika syok bergosip perompak masuk hehe)

DSC_0262
Haa dah mula dahhh

DSC_0261
DSC_0267

yahooo kami dapat free card seperti touch n go lagi untuk masuk kawasan perumahan..

DSC_0254
DSC_0283

Alhamduliah sejak community kita semakin kuat tak penah dengar masalah rumah pecah masuk lagi.Hekk tak perlu riisau ke toilet dah(ok tipu setiap kali masuk toilet mesti pandang syiling atas takot terbukak lagi)

Banyak lagi gambar sebenarnya tapi kita sibuk makan lah maapp...
banner 2

Wednesday, January 11, 2012

Hutan Belom siap (part 1)

Print


Akhir tahun 2011 kami ke perak.Perjalan mengambil masa 5 jam naik kereta.Berhenti hanya untuk sembahyang jumaat seketika. Sakit badan duduk terlalu lama .Dengan durian atuk dibawa.
Pening kepala dalam kereta hanya kita je yang tahu.Apabila sudah sampai kegembiraan terpancar dari setiap kanak kanak yang mengikut rombongan hii.Seperti rombongan sekolah sahaja.Empat keluarga kesemuanya.Dipenuhi dengan kanak2.

Mereka terus berlari ke kapal sambil melambai lambai ke orang tuanya diatas. Seronok sungguh.Penat perjalanan ke perak sangat berbaloi.Seperti kalau sampai di negeri kelantan je.


Print

Print

Kanak kanak laju je diatas kapal sambil melambai lambai seperti mahu tinggalkan keluarga.
Print
Print

Diapit dengan ratu ratu karoake kita. Group ''pink lady''
Print
Masih dengan mood teruja harus tangkap gambar setiap bucu.Nampak tak rackit tu susah gila nak gerakan guna buluh.Disebabkan kayu buluh tak sampai.Bertapa dalamnya air tasik hutan belom ni. Nasib tak bawak si kecil ibrahim mahu dia terjun nampak air .

Print
Beristirehat sambil menikmati suasana hutan didalam bot house.


Print

Makcik nak masuk hutan ni.Dengan harapan dapatlah jumpa gajah tengah berendam!
Yang dikepala bukannya tudung tapi blause muhaha.Bijak tak boleh guna 2 dalam satu.
hu
Peluk beg sebab camera bukan waterproof.
hu

Menuju ke air terjun. Ramainya dalam satu bot nasib tak tengelam atau terbalik kan cik piah kita yang sedang senyum tuu..
hu
hu
Balik dari bot kaki dah berdarah darah lintah ke pacat yang gigit.
Nasib tak ada rasa apa apa..
hu
hu


hu

Bermalam di tengah hutan sebesar 4 negara singapore . Sangat teruja dengan keindahan alam semula jadi di negara kita. Negara sendiri belom habis diterokai ini pulak negara orang. Mari kita cuti cuti malaysia..


to be continue part 2