Print

Sunday, May 30, 2010

syukur

Hari minggu yang lepas,malam sabtu hujan lebat sangat anginn kuat sambil tengok midnight movie kat bawah dalam pukul 7.30,ok takadalah midnight mana pon.Mama naik atas untuk mandi dan sembayang terkejut roof top dekat toilet terbuka dan tingkap toilet tertutup mama jerit nama bibik sebab terkejut semua adik adik naik atas .Mama call guard and aunty za jiran tanya nak buat macam mana. sebab papa pon takada outstation.Sementara tunggu guard kita orang perhati kat tingkap tunggu guard lembap nak mampus sambil perhati Nampak polis round.
Tanya mama nak panggil polis to ke tak,tengok mama macam tak tau nak buat apa ,dalam 10 minit guard datang,tengok panjat kat roof top dia check tak ada apa apa ,guard cakap mungkin hujan yang boleh buat tingkap tertutup n roof top hemm tak logik dah la tak bawak sebarang senjata cuba kalau perompak to nyorok kat atas sambil pegang pisau uishhhhhhhhhhh scaryyyyyy.
I mandi cepat cepat sebab takot dan perasaan tak sedap hati pada tadi macam macam dalam otak ni walaupon sampai sekarang.Adik i yang form 1 tengah mandi kat bilik dia disebabkan dia penakot setiap kali mandi tak tutup pintu toilet rapat,semua orang kat bawah suami uncle za datang Tanya semua ok tak tiba tiba umair menjerit kat atas “mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa “cepat cepat kita orang naik atas,prasaan i lagi la dupdap dup dapp umair cakap orang to keluar dari tingkap bilik umair sambil pakai snow cap.



motor motor polis periksa belakang rumah kosong takot dia menyorok kat sana.Selepas sesi kejar mengejar periksa belakang tasik.Walaupon ada camera apa ke jadah memang tak dapat cari.Mungkin dia ada guna black magic entah.
Selepas kejadian semalam,memang tak dapat tidur dalam beberapa jam je mesti terjaga dari tidur.Paginya kami semua pegi untuk breakfast sempena security untuk pelancaran card seperti touch and go kononnya untuk mengatasi masalah perompak penyamun semua ni disebabkan setiap selang 2 minggu banyak rumah yang kena masuk,xtau la kenapa mungkin senang pencuri nak keluar masuk disebabkan sebelah NKVE road.Masa tengah seronok makan jiran jiran bergosip sesama sendiri,''rumah u eh hazlina pencuri masuk malam tadi dia sempat ambil apa je''.Adik i yang lepas makan, pulak mengada dia nak balik kejap nak buang air padahal baru je sampai.Mama sambil borak borak dengan aunty aunty.Tiba tiba ada phone call dari adik i ''Mama pencuri masuk lagi sekali habis sepah bilik mama"padahal baru je tinggal kan rumah dalam setengah jam yang lepas dia berani masuk lagi sekali.Dua kali dia masuk dua kali sedar lebih awal nasib tak sempat ambil apa apa walaupon barang barang yang nak diambil dah letak satu tempat.Masa adik i balik dia nak naik atas terkejut dengar orang berlari lari.
adik dah siap dengan senjata golf dia
mama semangat bercerita dekat jiran jiran tertangga,yang datang menziarahi kalah kenduri kahwin.5minit kemudian banyak aunty2 yang datang selepas jamuan security habis.Terima kasih sebab perihatin

selepas seminggu kejadian tak ada apa apa berlaku alhamdulilah.Harap nanti ke china untuk minggu ni tak ada benda yang buruk akan jadi kat rumah.