Print

Monday, April 09, 2012

Pet Market






Dua minggu lepas kami ke pet market sebijik macam pasar iaitu di Fangchun pet market , dimana semua binatang yang diminati boleh dicari disini. Memang boleh rambang mata kalau nak cari ikan sahaja. Macam2 jenis ikan yang pelik pon ada. Hiasan2 untuk diletakan dalam akurium pon terlalu banyak. Mula mula memang nak cari ikan je.. disebabkan senang mahu di jaga. Tapi jumpa haiwan pelik yang lain. Rambang mata.. terus tak beli apa apa.




Mungkin lain kali. Haiwan yang perlukan lesen juga ada jual seperti baby buaya, ular harimau tapi disini tak perlu pakai lesen. Nak simpan harimau dalam rumah apartment pon takapa . Yang teringin tiqa beli adalah baby wolf gerammmmm comel sangat :'( Harga disini murah kalau nak dibandingkan dengan malaysia.Semestinya! Seperti siapa yang suka membeli barang wholesale bolehlah borong haiwan disini. Muhaha nak buka zoo mini pon boleh.





DSC_0936

DSC_0926

DSC_0929

DSC_0969

DSC_0972


Tak taulah kenapa setiap kedai mesti ada ikan ni mungkin murah atau sedap dimakan! nom nom nom nak bela pon senang tak perlu nak beli oksigen untuk ikan kan...



DSC_0925


Wolf yang ini ada jiran tiqa bela. Ada satu haritu memang dah lambat nak p kelas. Cepat cepat tekan butang lift berdiri terpacak depan dengan pintu lift. Jenuh tunggu lift naik atas.. akhirnya Pintu lift pon terbuka. Punya lah terkejut tiqa nampak wolf sebesar manusia dalam lift diapit dengan tuannya . Menjerit haha perempuan tu dah pandang pelik.




Dengan malu dan takot suruh dia turun lift dulu. Sangup walaupon dah lambat. hihihi dalam fikiran tiqa macam mana dia simpan binatang ni dalam rumah apartment yang kecil.hermm..



DSC_0939

DSC_0946-2




Paling tiqa rindu adalah spiky teringin nak beli wabbit disini disebabkan murah dan comel. Tapi tak sampai hati . Teringat spiky dan bella. :( rindu petang2 keluarkan mereka dari sangkar.




CSC_0766-2

CSC_0764-2



Yang terakhir serius tak ada kena mengena dengan jalan cerita. Mungkin satu hari nanti akan datang balik.Teringin nak cari peneman ketika tido.Hi mungkin ikan bertangan too kot.Celik mata pagi2 nampak ikan bertangan tengah berenang.. tak ke segar pagi2 kalau macam tu.. Selamat malam semua.