Membeli belah sambil beraya?
Meh kita cerita sikit raya tahun ni. Perayaan tahun ini meriah seperti tahun tahun yang lepas juga. Alhamdulilah semua atuk dan nenek dua2 belah masih sihat. Tahun ni ada juga plan something different untuk menu atok dan nenek belah bangi . Ingat nak tambah booth waffles dan ice blended. Amboi!! Pagi raya baru balik kampung akhir plan dibatalkan sebab adiks semua penat berniaga malam raya. Cousin2 pon balik lambat. Tahun depan nak plan betol2 bagi lagi meriah dari tahun sebelumnya..
Tapi... masih tak tau tahun depan balik raya ke tidak.....
Ramai juga tahun ni budak budak kecil datang rumah untuk beraya rumah atok jalil. Macam tahun lepas bagi sticker je untuk budak2 yang datang. Trick untuk tahun ini adalah jual mercun ''popPop'' dan gasing tengah intrend sekarang. Assalamualaikum kami datang nak rayaa!! Ayat adik tiqa adalah., ''Jemputlah makan kuih raya nak beli mercun dan gasing pon boleh.. ''. Ahaks! Budak2 punya ayat, '' ee kita dah ada dah mercun bapak kita beli lagi banyak''. Yang ini mesti kes dah dapat duit bapak dan mak dia pegang.
Ada saudara mara yang jauh datang ''pandai eh uols buat bisness'', Habis duit raya anak i. -_-'
Selepas bagi duit raya untuk kanak kanak yang datang, duit too dapat pulangannya kalau mereka membeli belah sambil beraya. Ada juga yang datang. '' saya datang bukan nak beraya.. Semalam dah datang hari ni nak beli gasing''. Amboi dah beraya sekeliling kampung. Dah cukup duit datang balik. Bagus2 semangat ituu yang kita cari.
Tengah bukak sampul raya kira duit cukup tak nak beli set gasing yang paling mengancam untuk raya tahun ni!
Sampai kuih raya dan air pon tak sentuh.
Raya tahun ni koleksi baju dari Dang Anum aiceh macam raya raya sebelum ni tak pernah tak dari dang anum .Macam biasa harus di promote kan.
Selamat hari kemerdekaan semua
Video makcik membebel maaf kalau rasa ignoying dengan video boleh rewind balik.Eh eh..