Print

Saturday, July 21, 2012

spain vs malaxiya (cooking wars)

Baru dua minggu balik dari malaysia rindu dengan apartment kecilku yang ditinggalkan dan kawan kawan..Sebelum bermula scrool gambar gambar dibawah terlebih dulu..Hiraukan keserabutan rumah sendiri..Tiqa jemput my two girlprens dan two of my crazy boys untuk merasa masakan experiment tiqa.

Bermula jam 7.00 pagi dengan gigihnya sudah langkah  ke dapur untuk siapkan makanan tengahari untuk kawan kawan yang datang. Bangun awal pagi untuk siapkan. Sehari tiqa dah plan nak masak apa. Menunya terdiri daripada nasi beriani bersama ayam(ayam dari malaysia). Untuk siapa yang hairan asal ayam dari malaysia?.My dad setiap bulan datang ke china .Tak hairan la setiap bulan dapat bekal, makanan sejuk beku kan..

Makanan yang dihidangkan dari bawah adalah nasi beriani bersama ayam , kentang , sup , sayur , keropok ikang , karipap , serunding , salad dan sri bulan.

DSC_0502

DSC_0498

DSC_0496

DSC_0511

Untuk merasa makan ala ala kemelayuan kami duduk bersimpul dibawah , padahal meja kecil tak cukup untuk semua orang. Madi  atau nama betulnya mauro ( daging kucing kalau in mandarin) lausher terus letak nama madi berbaju merah cuba untuk makan mengunakan tangan. Lol kelakar sampai tiqa tak boleh nak tumpu masa makan.

Okay selepas duduk bersimpul masa tengah  makan. Dalam 10 minit kemudian fernando tak boleh duduk diam. Tengok apa jadi di gambar seterusnya..

DSC_0508



Baring sambil meniarap teruk!!!


DSC_0513

Tiqa paksa mereka makan second round utk beriani. Kesian sebab dorang cakap pedas.Selepas selesai makan. The boys basuh pinggan mangkuk dan mereka bilang. Lepas perempuan sudah masak lelaki harus basuh  dan bersihkan dapur.

DSC_0520

DSC_0532

Selepas masing masing kekenyangan.dihidangkan pula ice cream yogurt kiwi untuk pencuci mulut.Buatan atiqah fauzi yang istimewa ahaks! dapat pujian dari pihak pihak juri.



Minggu seterusnya...

Giliran mereka pula untuk masak . Disebabkan mereka tau tiqa muslim, menu utama adalah ikan.Masak dirumah kecilku. Mereka datang pukul dua punyalah lambat unuk makan tengahari. Tiqa siap dah makan roti dulu sebab kelaparan. Mereka mengambil masa sejam setengah untuk masak.. Kipas paling penting sebab berpeluh2 mereka masak didapur.

DSC_0537

DSC_0545

DSC_0535

DSC_0552

Tiqa cuma sediakan pencuci mulut sahaja .Ice cream yogurt rasberry.Nom nom nom! lol puji masakan sendiri..

DSC_0528
Semua dah terlantar gemuk dan gantuk lepas makan. Dibawah siap dah bentang toto. Teruk lepas makan baring.

Akhir kata dari pihak juri dina dan alun, mereka seronok dapat makan makanan kami. Cooking wars berjaya walaupun tiada pemenang dan pengalah. Sangat seronok dapat hidangkan makanan untuk mereka. Dan merasa kehebatan lelaki memasak.Walaupun huru hara .We had so much fun..Mungkin cooking wars akan bersambung dengan masakan yang lebih mencabar dan merasa makanan dari negara lain pula.