Perasan tak entry bawah tentang si mok bella ..sebab berat dia naik secara mendadak?sebenarnya sebulan yang lepas..Dia lahirkan lima bayi omel rupanya seperti..anak tikush.ushh..tapi perlahan lahan bulu mereka tumbuh..sekarang umur si kenit kenit baru sebulan empat hari.Yang sedihnya adalah daripada lima ekor.Hanya tinggal tiga yang masih hidup :(
kami adik beradik selaku mak susuan setiap 4 jam..fuh memang penat balik kerja, mengadap kenit- kenit ni.Kalau tahu macam ini masa dia bayi memang tak kan sentuhlah..sebab seekor terjatuh luar sangkar.Mula mula tak tahu langsung yang si mok bella ni mengandung..tengok- te
ngok dah bersalin dalam sangkar.Perangai dia masa mengandung suka mengorek tanah.Semua bucu dia nak gali.HEE kalau nak tahu rasanya bella mengandung lagi.Sebab dia buat tabiat macam dulu lagi.
Kes minggu lepas pulak,sangkar kotak anak rabbit memang asing kan dari ibunya.Memang diletak dalam rumah.Satu hari tu macam mana entah..ada seekor kucing masuk..pegi angkut bawak balik rumah tuanya.Nasib baiklah belom sempat dibuat main main..sampai mati.Alisya anak jiran sebelah pulangkan balik..nasibla dia tau siapa punya bayi.Kalau tak memang tinggal dua jela gamaknya.
Sesiapa ada pengalaman dalam menjaga bayi bayi comel kelincir.Sila share.
sebab tak nak buat kesilapan macam dulu lagi.Kalau betol bella mengandung lagi.Tak sampai sebulan,selamba badak pegi bagi bayi makan carrot dan sayur kangkung habis cirit birit.sampai mati.Sebenarnya dah penat nak bagi susu secara manually :(
Dua hari lepas terjumpa blog ini banyak juga dapat membantu sesiapa yang baru nak beli rabbit dan penjagaan asas tentangnya. lazzy bunny
Sesi photoshot pertama mereka hehehe