Akhirnya semalam sempat satukan semua gambar yang tiqa suka.Ada banyak lagi sebenarnya.. tengokla kalau ada masa kita kongsi ok.Semua dari trip ke china tempoh hari.Tolong mama dengan urusannya. Yang seronoknya tiqa dapat cari barang yang tiqa minat untuk dijual.Perasan tak scarf pink yang bulu tuh.Itu kegemaran sebab ia adalah scarf magic yang boleh ditukar dengan bermacam2 gaya.Iya SERIUS kan dah tercaps lock . Boleh buat cardigan, tudung, dress, skirt , topi dengan bermacam macam gaya. Ada 30 gaya kita boleh tukarkan. Ikut kehendak masing2. Tapi ini belom dibawa masuk. Kalau ada banyak permintaan tiqa akan buat video atau gambar okay. :P
Okay mari kita mulakan aktiviti hari pertama dengan mengusha orang orang disini.Masa tiqa sampai hujan je sepanjang hari.Disebabkan musim sejuk nak tiba.Keesokan hari terus 20 darjah.Dingin sangat. Nasib scarf pink selalu menemani sepanjang perjalanan kita.Ehe..
Miss bertudung pink berjalan sekitar tempat.Tangkap gambar gambar yang menarik dengan gelagat mereka.Hari seterusnya kita ke tempat pakaian dalaman. Jangan terkejut kebanyakan pakaian dalaman wanita.Mamat lelaki yang jaga kedai. Tak perlu risau tanya je size *cup* ehem apa semua dia tahu.haha.Banyak lagi gambar mereka yang tertidur dibelakang pakaian wanita sebenarnya sambil tunggu pelanggan.
Seterusnya,kami ke tempat yang seperti syurga2 cinta gitu.Satu mall penuh dengan selendang.Kalau nak tahu dorang ni tau jual selendang je.Tapi tak tau macam mana cara nak pakai.Apa lagi borong untuk dibawa masuk ke kontena.Selama empat hari di guangzhou borong macam macam.
Hari berikutnya ke shenzhen untuk tengok adik yang belajar disana. Mama dan tiqa je pergi memang penat.Bawak beg yang gedabak, kehulur kehilir.. Masa nak naik train waktu petang .Kebanyakan orang balik kerja. Terpaksa tunggu kali keenam train... lalu baru boleh naik.Terlalu ramai orang. Dengan beg kami pon gedabak. Ya ampun!!
Ada satu restoran ini memang orang china muslim yang punya.Situ jela tempat yang kami makan. Setiap kali datang singgah makan, tiqa mesti tangkap gambar budak ni.Dia pakai kopiah warna warni.. comel! Masa hari terakhir abang dia pulak sibuk nak tangkap gambar dengan tiqa dan satu family. Hii
Di kota shenzhen pula penuh dengan barang elektronik..selepas penat pusing2 dan melawat adik ke uni.Oh dan jumpa judo roomate adik. Di entry sini melawat adik... Dua hari di shenzhen hari terakhir,Ke hongkong bukan ke disneyland tapi hanya bershoping sementara tunggu flight petang.Hihi memang sempat je kalau kita nak beli belah betul tak kaum wanita sekalian.Sebelum lupa.ini entry tahun lepas apabila di china (guanzhou) click dan sini click
Semua photo diary yang tiqa cerita semua ada dibawah.Harap boleh paham apa yang tiqa cuba ceritakan.Saja tak letak gambar dibawah cerita.Biar u all baca dulu sebelum scroll tengok gambar.Hihi
Sekian
xoxo atiqahfauzi
Have a great weekend
Terlupa nak cakap.Blog sudah bertukar wajah.Penat tau semalam buat itu yang drawing mcam cacat je.Hahaha <3 <3 <3